1)Nyatakan 4 peringkat perkembangan kognitif mengikut Jean Piaget.
i. Peringkat Sensori motor (Semenjak lahir – 2 tahun)
ii. Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)
iii. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)
iv. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)
i. Peringkat Sensorimotor (bayi 0 – 2 tahun)
Ketika peringkat ini, anak-anak mula mempelajari bahawa setiap tindakan yang dilakukan akan menghasilkan kesan. Hal ini dikenali sebagai kesan dan faktor (cause and effect). Sebagai contoh, mereka mempelajari bahawa pengoncangan loceng menggunakan tangan akan menghasilkan bunyi. Justeru, kita dapat memerhatikan sikap ingin mencuba terhasil dimana anak-anak akan bermain dengan setiap objek yang dilihat olehnya. Pada peringkat ini, tahap kognitif anak-anak belum lagi berkembang. Biasanya, anak-anak lebih menggunakan deria-deria mereka. Selain itu, anak-anak mempunyai tanggapan bahawa sesuatu objek yang hilang dari penglihatannya, hilang selama-lamanya. Mereka tidak tahu bahawa, objek-objek yang hilang dari penglihatan mereka masih berada di persekitaran. Walau bagaimanapun, anak-anak juga akan sedar fenomena ini ketika berumur satu tahun dan ke atas.
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
ii. Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.
iii. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)
Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan.Di samping itu, kanak kanaksudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
iv. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.
2)Senaraikan 3 implikasi teori Piaget kepada guru untuk meningkatkan perkembangan kognitif dalam kalangan murid sekolah rendah.
1. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula.Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan,mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan sedia ada ketika di pra sekolah dahulu, tentu situasi ini tindakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.
2. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh sebab pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif dan berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan,ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.
3. Implikasi pembelajaran kognitif yang seterusnya adalah isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M.Dengan itu,guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.